Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gerakan Kedah Yakin Rampas...

ALOR SETAR – Parti Gerakan Kedah yakin mempunyai peluang cerah untuk memenangi semula...

Mesyuarat Khas Kabinet Berakhir,...

PUTRAJAYA - Mesyuarat khas Kabinet yang diadakan di Bangunan Perdana Putra di sini...

Belum Sampai Masa Perkenal...

KUANTAN - Kerajaan belum bersedia memperkenalkan harga lantai bagi kelapa sawit bagi mengatasi...

Mayat Seorang Mangsa Lemas...

SANTUBONG - Mayat seorang daripada dua pekerja warga Indonesia yang dilaporkan hilang ketika...

2 Warga Nepal Dipenjara Sebulan Kerana Rasuah Polis

IPOH – Dua lelaki warganegara Nepal masing-masing dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merasuah anggota polis bulan lepas.

Hakim S. Indra Nehru memerintahkan hukuman penjara terhadap Das Kanhaiya Lal, 40, serta Chaudhary Satya Narayan, 30, berkuat kuasa sejak 24 Julai lalu.

Kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat keselamatan di sini membayar denda berkenaan kerana jika gagal mereka berdepan hukuman penjara dua bulan.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama memberi suapan RM150 kepada Lans Koperal Mohd Fitri Lasim sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Chaudhary yang tidak mempunyai lesen memandu kelas B2.

Mereka melakukan kesalahan itu di persimpangan lampu isyarat simpang tiga di antara Jalan Dato’ Onn Jaafar dan Jalan Sultan Idris Shah, di sini kira-kira 4.55 petang, 9 Julai lepas.

Das dan Chaudhary didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.


Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM R.Kumuthambal, sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori