Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lepas Rich Kids Of...

SEBELUM ini akaun laman Instagram Rich Kids Of Instagram mendapat perhatian daripada kebanyakan...

JDT Tak Puas Hati...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mendakwa media di Malaysia seperti...

Rakyat Tidak Jaga Kesihatan...

KOTA KINABALU - Rakyat yang lalai terhadap penjagaan kesihatan diri dianggap sebagai membazir...

Tengku Amirul Mahu Tambah...

SEKALIPUN sudah mengesahkan status sebagai juara keseluruhan kelas CP115, Tengku Amirul Haffirudin tidak...

2 Warga Asing Dipenjara Sebulan Rasuah Polis

SHAH ALAM – Dua lelaki warganegara asing masing-masing dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merasuah anggota polis di Kajang dan Klang minggu lepas.

Hakim Rozilah Salleh memerintahkan hukuman penjara terhadap Akin Ali, 37, warga Bangladesh dan Wan Ahmad, 40, warga Indonesia berkuat kuasa hari ini.

Beliau memerintahkan Akin dan Wan Ahmad masing-masing dipenjara tujuh dan enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Kedua-dua tertuduh membayar denda berkenaan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Mohammed Heikal Ismail sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.


Mengikut kertas pertuduhan, Akin yang bekerja sebagai jurukimpal telah memberi suapan wang tunai RM320 kepada Korporal Mohd Sufandi Ibrahim yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana cuba menghalang polis melakukan pemeriksaan terhadap tubuhnya.

Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Angsana 1, Bandar Botanik, Klang dekat sini kira-kira 5 petang, 26 Mac lepas.

Wan Ahmad pula didakwa memberi suapan wang tunai RM50 kepada Konstabel Mohd Haqqimi Daud yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang supaya tidak mengenakan tindakan undang-undang kepadanya atas kesalahan tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Seksyen 4 Tambahan, Kajang dekat sini pada Jumaat lepas. – BERNAMA

Kategori