Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bekas Ratu Cantik Hilang...

Bekas ratu cantik Ukraine 2013, Anna Zaiachkivska yang dilaporkan hilang oleh suaminya yang...

TFC 1 Mara Ke...

KUALA TERENGGANU - Kelab Liga Super, Terengganu FC 1 (TFC 1) menempah tiket...

Aksi Peminat Cilik Bertemu...

PENGALAMAN bergambar bersama Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dan Permaisurinya, Tuanku Zara...

9 Mayat Ditemukan Dalam...

MERSING - Sembilan warga asing ditemui mati lemas, manakala dua terselamat, dalam kejadian...

2 Veteran TLDM Dikurniakan Darjah MKN

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan tahniah kepada dua veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lt Kdr (B) Mohd Shariff Kalam dan Bintara Kanan (B) Oliver Culvelt Samuel.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kedua-dua pahlawan negara itu dikurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini.

“Sesungguhnya, jasa dan bakti kalian terhadap ibu pertiwi akan terus terpahat di sanubari kami semua.

“Apatah lagi kalian merupakan dua individu pertama yang diberi penghormatan untuk menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sewaktu pengisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Catatan sejarah menyebut bendera Persekutuan Tanah Melayu sewaktu pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dinaikkan oleh anggota TLDM sambil disaksikan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

Sebelum pemasyhuran itu diadakan, terlebih dahulu berlangsung upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • TLDM

Kategori