Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perak Sasar 150,000 Pelancong...

JAKARTA - Perak menyasarkan kedatangan pelancong Indonesia ke negeri itu mencecah 150,000 orang...

Tragedi Sukar Dilupakan Anggota...

KUALA LUMPUR - Hari ini genap seminggu kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah...

Kiswah Baharu Dipamer 20...

MAKKAH - Kelambu Kaabah, yang dikenali sebagai Kiswah, akan dipasang dan dipamerkan pada...

Wanita Gemuk Dedah Perkahwinan...

Seorang wanita di Britain yang gemuk berjaya mendapat inspirasi untuk mengurangkan berat badan...

2 Sahabat Dipenjara Sehari Kerana Bergaduh Di Tempat Awam

KUALA LUMPUR – Dua sahabat dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM500 kerana bergaduh di tempat awam.

Kedua-dua tertuduh F.Logeswaran, 25, dan A. Selvandran, 32, mengaku bersalah dalam kejadian di kawasan permainan Blok 100 Projek Perumahan Rakyat Sri Pantai, Pantai Dalam, Brickfields, pada pukul 3 petang, 5 April lepas, mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan Mahkamah memerintahkan Logeswaran, seorang penghantar surat dan Selvandran, seorang krew produksi dipenjara dua minggu jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh membayar denda itu.

Tiga lagi suspek yang terbabit dalam kejadian itu masih bebas.


Terdahulu kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan mereka sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu selain perlu menanggung keluarga masing-masing.

Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pencegahan dan memastikan tertuduh tidak mengulangi perbuatan yang sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori