Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hartawan ‘Bakhil’ Pengasas IKEA...

STOCKHOLM - Bayangkanlah hartawan dan pengasas syarikat penjual perabot IKEA, mengakui beliau amat...

PH Batal Projek Untuk...

KESAL... Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bidas tindakan Pakatan Harapan (PH) memberhentikan...

Jangan Pertikai Ibadat Orang...

KOTA BAHARU - Pihak yang cuba mempertikaikan ibadat orang Islam harus menghentikannya, kata...

J/kuasa Kerja Akan Dibentuk...

PADANG TERAP - Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membentuk...

2 Sahabat Didakwa Culik Wanita Untuk Tebusan

KLANG – Dua sahabat baik dihadapkan di Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini atas tuduhan menculik dan bersubahat menculik seorang wanita warga Vietnam bagi mendapatkan wang tebusan pada akhir bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Mohamad Zahiruddin Jemanih, 31, dan Azman Hussain, 49, selepas pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Majistret Mariam Maran Abdullah dan Majistret Ahmad Feisal Mohd Azmi.

Mohamad Zahiruddin menghadapi pertuduhan menculik wanita berusia 21 tahun itu bagi mendapatkan wang tebusan di Taman Sri Andalas di sini pada kira-kira 6 pagi, 30 Mac lepas manakala Azman dituduh bersubahat dengannya dalam melakukan perbuatan itu.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Colek 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika tidak dihukum mati dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mariam menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan semula kes Mohamad Zahiruddin yang diwakili peguam Gerard Lazarus manakala Ahmad Feisel menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes Azman yang tidak diwakili peguam.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirah Abdul Aziz dan Timbalan Pendakwa Raya Aliah Atiqah Razali.

Mohamad Zahiruddin turut dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas dua lagi pertuduhan iaitu menyamar sebagai anggota polis dan merogol wanita sama di dua lokasi di daerah ini, antara 4.40 pagi dan 2 petang pada 30 Mac lepas.

Bagi pertuduhan merogol, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan, sementara bagi pertuduhan menyamar mengikut Seksyen 170 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohamad Zahiruddin mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.


Hakim Surita Budin membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 11 Mei untuk sebutan semula kes.

Beliau turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa selain perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rizal Azani Zainal Adzam.

Sementara itu, seorang lagi sahabat baik Mohamad Zahiruddin, Shah Rizal Muhammad Devand, 34, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan atas dua pertuduhan iaitu memiliki sepucuk pistol tiruan dan dua bilah pisau yang dijumpai dalam sebuah kereta di Taman Sri Andalas pada kira-kira 10.30 pagi, 31 Mac lepas.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam yang kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S. Nithtia sementara tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • culik

Kategori