2 Rentung, Kemalangan Kereta Dengan Lori

PEMANDU dan penumpang kereta rentung selepas terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 202.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Ayer Keroh 10.55 malam semalam.

Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Khushairy Deraman berkata, kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan rentung dan tersepit di dalam kereta selepas api berjaya dipadamkan.

“Setakat ini kami berjaya kesan dua mangsa sahaja. Usaha mengeluarkan mangsa berdepan kesukaran berikutan keadaan kereta berada di bawah lori sarat dengan muatan hampas kacang soya.

“Mangsa pertama dikeluarkan pada 2.50 pagi manakala seorang lagi 3.22 pagi,” katanya.

Beliau berkata, identiti dan jantina kedua-dua mangsa belum dapat dikenal pasti berikutan keadaan mayat yang rentung. – myMetro Online