Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Skuad B-23 Negara Tewas...

KUALA LUMPUR - Kemenangan yang diharapkan skuad bawah 23 negara (B-23) pada perlawanan...

PRU15: BKM Fasa 4...

MELAKA – Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertikaikan kuasa...

Azizulhasni Mahu Segera Bangkit...

SEPANG - Jaguh berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang mahu melupakan kekecewaan dalam Kejohanan...

Mangsa Banjir Di Kedah...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di...

2 Rentung Dalam 2 Kebakaran Berasingan Di Papar

KOTA KINABALU – Dua lelaki rentung dan seorang lagi melecur dalam dua kejadian kebakaran berasingan melibatkan sebuah pondok dan sebuah rumah di daerah Papar, kira-kira 70km, dari sini, malam tadi dan awal pagi ini.

Dalam kejadian pertama pada jam 8 malam di Kampung Seladan, Bongawan, seorang warga emas, Awang Ismail Pengeran Sarifudin,80, rentung manakala anak lelakinya, Awang Mumin, 56, melecur di bahagian kaki selepas pondok didiami mereka musnah dalam kebakaran.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, hari ini, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam jam 8.29 malam sebelum menghantar sebuah jentera bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian.

Dalam kejadian kedua, kira-kira jam 4 pagi tadi, di Kampung Pedawan, seorang lelaki, Mark Jamaing, 36, ditemui dalam keadaan rentung di bahagian dapur rumahnya di Kampung Pedawan.

Selain rumah mangsa yang terbakar 80 peratus, sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda turut musnah dalam kejadian berkenaan.


Menurut PGO, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 4.31 pagi sebelum menghantar sebuah jentera berserta lapan anggota yang tiba di lokasi kejadian kira-kira 16 minit kemudian.

Kenyataan itu menyebut bahawa operasi memadam kebakaran di Kampung Pedawan selesai pada jam 5.22 pagi. – BERNAMA

Kategori