Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Mengamuk Rempuh Rumah...

DUNGUN - Tanpa diketahui hujung pangkalnya, seorang lelaki mengamuk merempuh sebuah kediaman dan...

Rekaan Tudung Baru Nora...

PELAKON Nora Danish baru-baru ini menerusi laman sosial Instagram ada mempromosikan rekaan tudung...

Lelaki Ini Sekali Lagi...

MASIHKAH anda ingat dengan seorang lelaki bernama bernama Radzi Ali?Tahun lepas dia pernah 'menggegarkan'...

COVID-19: Muhyiddin Dijangka Umum...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April, hari...

2 Rakyat Jerman Tiba Di Manila Selepas Dibebaskan Militan

MANILA – Dua rakyat Jerman yang diculik militan di Filipina kembali dengan selamat ke kedutaan negara mereka di sini selepas mengharungi pengalaman ngeri selama enam bulan yang mana mereka menghadapi ancaman dipancung dan kekejaman berterusan.

Pegawai berkata, sebuah pesawat persendirian menerbangkan Stefan Okonek, 70-an, dan rakannya, Henrike Dielen, 50-an, ke Manila dari pelabuhan Zamboanga pada awal pagi selepas kumpulan bersenjata Abu Sayyaf membebaskan mereka lewat malam tadi.

“Dengan pembebasan dua warga Jerman itu, pasukan keselamatan kami akan meneruskan usaha untuk membendung kegiatan jenayah yang dilakukan oleh anasir penjahat,” kata jurucakap Presiden Benigno Aquino, Herminio Coloma, dalam satu kenyataan.

Kementerian Luar Jerman dan tentera Filipina juga mengesahkan bahawa tebusan terbabit sudah tiba ke kedutaan berkenaan di Manila.

“Kami mengesahkan bahawa kedua-dua rakyat Jerman itu kini tidak lagi dalam tahanan penculik. Mereka kini dijaga di kedutaan di Manila.

“Kami mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Filipina kerana kerjasama rapat yang diberikannya, dan dilaksanakan dengan penuh yakin,” kata seorang jurucakap Kementerian Luar Jerman.


Kumpulan Abu Sayyaf memberi kerajaan Jerman tempoh sehingga semalam supaya membayar wang tebusan berjumlah AS$5.6 juta dan menarik balik sokongan terhadap serangan ke atas kumpulan jihad di Syria dan Iraq.

Kumpulan itu juga mengancam untuk memancung kepala seorang tebusan kecuali tuntutan mereka dipenuhi.

Pihak berkuasa Filipina berkata kedua-dua tebusan itu diculik di laut pada April lalu ketika berlayar berhampiran pulau Palawan.

Pegawai Filipina berkata mereka tidak dapat mengesahkan ini.

“Kami masih cuba mendapatkan butiran usaha menyelamat mereka. Tiada perubahan dalam dasar ‘tiada wang tebusan’ kerajaan,” tegas Coloma. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori