Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Serpihan Pesawat Ditemukan Madagascar...

SUNGAI BESAR - Serpihan pesawat dijumpai di Pulau Kangaroo, selatan Australia dan Madagascar,...

Tan Chee Teong Calon...

KUALA LUMPUR – MCA mengumumkan anggota jawatankuasa parti bahagian Bangi, Tan Chee Teong...

KL 2017: NAAM Beri...

KUALA LUMPUR - Pemanah negara, Muhammad Ikram Joni, perlu mempamerkan prestasi yang konsisten...

MBK Sedia 30 Lokasi...

KUANTAN : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyediakan sebanyak 30 lokasi pasar Ramadan dan...

2 Rakan Serumah Didakwa Lupus Bukti Kes Bunuh

JOHOR BAHRU – Dua rakan serumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melupuskan bahan bukti kes pembunuhan membabitkan kedua-duanya bulan lepas.

D. Khishendra, 24 dan K. Mathan Raj, 31 yang masing-masing merupakan pekerja kilang dan pengawal keselamatan di Singapura, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Kamarudin Kamsun selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Kedua-duanya didakwa secara bersama melupuskan bahan bukti itu pada 7.50 pagi, 21 Sept lalu di perhentian bas Jalan Persiaran Sungai Danga, Perling di sini mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dan RM10,000 untuk Khishendra dan Mathan Raj dengan seorang penjamin masing-masing serta menetapkan 9 Nov bagi sebutan semula kes.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi’uddin manakala peguam A.R. Subash mewakili Khishendra dan Muhammad Ashraff Mohd Diah serta Ahmad Yusri Ahmad Fuad mewakili Mathan Raj.


Menurut fakta kes, kedua-dua tertuduh merupakan antara empat suspek yang ditahan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di perhentian bas itu pada 21 Sept lalu.

Keempat-empat mereka yang ditahan di beberapa lokasi di Johor Bahru antara 29 Sept dan 3 Okt merupakan rakan serumah mangsa yang dikenal pasti sebagai S. Navina, 19.

Polis kini memburu dua lagi lelaki yang juga rakan serumah mangsa dan seorang wanita yang merupakan teman wanita kepada seorang daripada suspek untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori