Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRU-14: Gerakan Tak Bimbang...

PETALING JAYA - Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata parti itu...

Penuntut USM Maut Jatuh...

GEORGETOWN : Seorang penuntut Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) ditemukan...

TLDM Sedang Berunding, Minta...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang berunding dengan perompak untuk...

‘Tolonglah Datang, Makan Percuma...

BERASA sedih melihat buah-buahan terbiar dan tidak laku dijual, seorang pemilik kebun di...

2 Rakan Lepas, Bebas Tuduhan Samun Di JPJ

KUALA LUMPUR – Dua rakan hari ini dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan melakukan samun bersenjata dengan merompak wang tunai lebih RM754,000 di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, tahun lepas.

Hakim Zaman Mohd Noor melepaskan dan membebaskan penggali kubur, Shamsuri Abd Karim, 41, dan penghantar surat, Mohamad Afif Hussin, 27, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh, Muhammad Fadzil Abdullah, 23, diperintah untuk membela diri terhadap pertuduhan melakukan samun itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Hakim Zaman menetapkan 26 Jan dan 9 Feb tahun depan bagi pekerja ladang itu membela diri.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa me­lakukan samun bersenjatakan sebilah parang dengan merompak wang tunai berjumlah RM754,840.30 kepunyaan JPJ Wangsa Maju di kaunter Unit Akaun dan Hasil, JPJ Wangsa Maju, di sini pada 5.30 petang, 4 Julai tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Sek­syen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sa­ma yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal manakala Shamsuri dan Mohamad Afif diwakili peguam Ariff Azami Hussein manakala Muhammad Fadzil diwakili peguam Ethan W.H. Tan.


Seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 1 April lepas.

Pada 22 Julai tahun lepas, seorang lagi tertuduh, Norzaisyima Ahmad Zaidin, 41, yang bekerja di Unit Akaun dan Hasil jabatan tersebut dihukum penjara empat tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan sama.

Hukuman penjara terhadap Norzaisyima bermula dari tarikh dia ditangkap pada 11 Julai tahun lepas. – BERNAMA

Kategori