Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video Seks: Haziq, 5...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul...

Kerajaan Akan Mengambil Langkah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengambil langkah untuk mempertahan ringgit, sekali gus menangani...

Lans Koperal Kena Samun,...

Kajang - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal parah dibelasah sekumpulan 10 lelaki...

Penjenayah Putus Tangan Ditetak...

SEREMBAN - Seorang penjenayah putus tangan kanan akibat ditetak oleh tuan rumah yang...

2 Penunggang Motosikal Maut Nahas 3 Kenderaan

JOHOR BAHRU – Dua penunggang motosikal maut apabila terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Felda Ulu Belitong, dekat Kluang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata pada kejadian 8.30 malam itu, motosikal ditunggang Md Rizel Sanip, 39, dan kereta jenis Myvi dipandu Norhisyam Muhamad, 29, sedang dari arah Kluang ke Kota Tinggi manakala motosikal ditunggang Faiz Razak, 25, pula datang dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal Md Rizel telah bertembung dengan motosikal Faiz ketika hendak memotong kereta Norhisyam.

“Pertembungan itu menyebabkan kedua-dua penunggang motorsikal tercampak ke tepi jalan. Faiz disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Md Rizel disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Norhisyam tidak mengalami sebarang kecederaan.


Mohamad berkata lokasi kejadian merupakan jalan lurus, dua hala serta mempunyai garisan putus-putus. – BERNAMA

Kategori