Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perempuan Tak Pakai Pelitup...

Khairy Jamaluddin melabelkan aktivis perempuan yang mendakwa berlaku 5 kematian melibatkan remaja akibat kesan sampingan vaksin Covid-19 sebagai seorang penipu.

PGA7 Tingkat Kawalan Sempadan,...

TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) meningkatkan kawalan sempadan termasuk...

Bayaran RM10.02 Bilion Wang...

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka dapat menebus balik bayaran pendahuluan RM10.02 bilion yang...

49 PATI Bolos Sempadan...

BUKIT KAYU HITAM: Sekumpulan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan...

Had 2 Penggal Untuk Jawatan Ketua Menteri – Adun DAP

Dalam satu sesi perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, seorang Adun dari Parti DAP mencadangkan penggiliran jawatan Ketua Menteri selama dua penggal bagi setiap individu.

Sistem tersebut diusulkan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bungah, Teh Yee Cheu bagi membolehkan pemimpin lain yang berkaliber menerajui tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, termasuk golongan wanita.

“Sekiranya perkara itu mahu direalisasikan, semua pihak perlu berusaha daripada sekarang, ini satu cadangan yang baik dari sudut demokrasi dan berharap semua pihak dapat menyokong usul ini,” ujarnya dalam sidang tersebut.

Malah, usul ini turut mendapat sokongan dari Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid serta Adun Pulau Tikus, Yap Soo Huey.

Walau bagaimanapun, sokongan dari Jahara mendapat kritikan dari pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang, dan Alam Sekitar negeri, Phee Bon Poh yang mempertikaikan pendirian BN untuk tidak menyokong golongan wanita menjadi MB di Selangor.


Namun, Jahara kembali membidas persoalan yang dikemukakan Phee dan tidak mahu mengulas lanjut tentangnya isu membabitkan pilihan raya kecil Dun Kajang kerana akan memberi kesan kepada PKR sendiri.

Pertikaian itu berlanjutan apabila setiausaha politik kepada ketua menteri yang juga Adun Air Hitam, Wong Hon Wai berkata, ia tidak mempunyai kaitan dengan isu yang sedang dibahaskan.

Namun, Teh kembali menyambung hujah dengan berkata, setiap perkara mempunyai perkaitan. Dia juga berharap agar usul berkenaan mendapat sokongan. Persidangan bersambung hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori