Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Rompin Tidak...

KUANTAN - Seramai 27 mangsa banjir di Rompin masih ditempatkan di Balai Raya...

Cuai, Tidak Berhemat Punca...

SHAH ALAM - Cuai dan tidak berhemat dalam pengurusan kewangan antara faktor kaum...

Tindakan Tegas Pelatih Sertai...

MARAN - Kementerian Sumber Manusia akan mengambil tindakan tegas terhadap pelatih atau kakitangan...

JITN Tiada Kuasa Pengaruhi...

PUTRAJAYA – Penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) tidak akan mempunyai...

2 Pengawal Ditahan Ceroboh Asrama Sekolah

JOHOR BAHRU – Dua pengawal keselamatan sebuah sekolah di Iskandar Puteri dekat sini ditahan kerana disyaki menceroboh asrama sekolah berkenaan serta mencuri barangan milik pelajar.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Supt. Noor Hashim Mohamad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan seorang guru pada pukul 9.45 pagi semalam.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pada hari yang sama kita telah pergi ke sekolah berkenaan yang mana hasil siasatan kita telah membawa kepada penahanan dua suspek masing-masing berusia 24 tahun yang juga pengawal keselamatan sekolah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan kita terhadap pondok pengawal tempat suspek bertugas turut menemukan barang-barang yang disyaki kepunyaan pelajar sekolah berkenaan yang kita rampas untuk dijadikan bahan bukti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek, mereka turut mengaku ada memasuki asrama pelajar lelaki dan pelajar perempuan serta mencuri sejumlah wang tunai dan barang kepunyaan pelajar ketika cuti sekolah.


Antara barang yang dirampas ialah sebuah bakul, penyembur serangga, pencuci pinggan, penyembur minyak wangi dan sebatang marker.

Selain itu, seorang daripada suspek juga mempunyai rekod orang dikehendaki di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan kerana menceroboh premis dengan bersembunyi atau pecah rumah yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda bagi setiap kesalahan atau sebatan. – BERNAMA

Kategori