Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Memandu Lawan Arus...

KUANTAN - Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya melawan arus...

Penyakit Jantung Pembunuh Utama...

KUALA LUMPUR - Penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian rakyat Malaysia bagi...

Zara Dedahkan Lagi Identiti...

MASIH ingatkah anda dengan pelacur bernama Zara XXX yang sebelum ini pernah menggemparkan...

UMNO Serah Kepada Peguam...

MELAKA - Para peguam UMNO akan meneliti barangan rampasan dalam siasatan kes melibatkan...

2 Pekerja Restoran Maut Kereta Dinaiki Rempuh Pokok

JOHOR BAHRU – Dua lelaki maut manakala dua yang lain cedera parah apabila kereta dinaiki terbabas dan merempuh pokok di KM135 Jalan Batu Pahat-Muar, dekat Peserai, Batu Pahat, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt KS Mender Singh berkata kejadian pada 9 malam itu menyebabkan pemandu kereta, Mohd Fazly Reza Mohamed, 30, dan penumpang hadapan, Muhamad Izhuan Kahar, 24, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dua penumpang belakang pula, Muhamad Basri Hamadan, 24, dan Nor Hasyim Abu Bakar, 34, cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan Toyota Vios yang dinaiki empat sahabat yang dalam perjalanan dari arah bandar Batu Pahat menuju ke Muar itu mula hilang kawalan sebelum melanggar pokok di bahu kiri jalan.

Berdasarkan maklumat daripada orang awam, katanya kesemua mereka dipercayai pekerja di sebuah restoran.


Ketika kemalangan, kawasan sekitar agak gelap kerana kurang lampu jalan, cuaca bagaimanapun berkeadaan baik. – BERNAMA

Kategori