Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak Bilal Antara 21...

YAN - Seorang lelaki yang juga anak kepada seorang bilal dekat sini, tidak...

Ramai Puji Nora Danish...

PELAKON Nora Danish mengejutkan peminat apabila dia memuat naik gambarnya dengan imej berkepala...

PM Sampaikan Anugerah Tokoh...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan Anugerah Tokoh Akademik Negara...

Jokowi Perkenal Kabinet Baru...

JAKARTA – Presiden Indonesia yang baharu, Joko Widodo memperkenalkan Kabinetnya semalam termasuk menteri...

2 Pekerja Ladang Cedera Diserang Rakan Sekerja Mengamuk

KINABATANGAN – Dua lelaki pekerja ladang cedera selepas diserang rakan sekerja yang mengamuk di Ladang Segar Usaha di sini, semalam.

Mangsa yang berusia 36 tahun mengalami cedera parah di belakang badan akibat ditetak dengan sebilah parang, manakala rakannya berusia 42 tahun, cedera di rusuk kiri akibat ditumbuk.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata insiden berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi di kawasan perumahan pekerja di ladang itu apabila seorang lelaki berusia 27 tahun tiba-tiba mengamuk dan menyerang mangsa berumur 42 tahun yang ketika itu sedang menunggang sebuah motosikal untuk balik ke rumah.

Katanya lelaki itu menumbuknya di bahagian rusuk kiri dan mengakibatkan dia terjatuh tetapi dapat melarikan diri sebelum lelaki itu mengambil sebilah parang dari motosikalnya.

Lelaki itu kemudian terserempak dangan mangsa berusia 36 tahun yang dalam perjalanan balik dari pejabat ladang lalu menetaknya di bahagian belakang badan, kata A. Sahak dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu kemudian cuba melarikan diri dengan memandu lori milik ladang, bagaimanapun telah melanggar sebuah motosikal yang ditunggangi oleh orang awam.


Katanya lori itu seterusnya melanggar sebatang pokok menyebabkan lelaki terbabit cedera dan dia kemudian berjaya ditangkap pekerja lain di ladang itu lalu diserahkan kepada polis.

A. Sahak berkata mangsa berusia 36 tahun itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil, manakala seorang lagi mangsa mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kinabatangan.

Katanya polis turut memperoleh sebilah parang yang digunakan lelaki itu selepas diserahkan oleh orang awam.

Menurutnya punca lelaki itu tiba-tiba mengamuk masih dalam siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori