Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gadis 13 Tahun Dipercayai...

SELEPAS negara digemparkan dengan kisah 'penculikan' adik Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14,...

Salah Seorang Suspek Charlie...

PIHAK polis dilaporkan sudah pun menahan salah seorang suspek serangan ke atas pejabat...

Jawatankuasa Khas Dicadang Tangani...

KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa khas melibatkan pelbagai agensi kerajaan berkaitan dan institut...

“Raya Tak Raya Sama...

SAAT ini, kebanyakan kita sudah mula kembali bekerja selepas meraikan Aidilfitri namun mood...

2 Pekerja Kilang Maut Motosikal Tembung Bas Kilang

SUNGAI PETANI – Dua pekerja kilang wanita maut selepas motosikal mereka bertembung dengan sebuah bas kilang di Jalan Mail 1, Kawasan Perindustrian Bakar Arang di sini pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai R. Gowari, 34, dan S. Valarmathi, 42, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata dalam kejadian pada 7.05 pagi itu, motosikal ditunggang Gowari dari arah Taman Sejati Indah dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung dengan bas kilang yang datang dari arah bertentangan.

“Motosikal mangsa turut terseret akibat kemalangan itu. Namun pemandu bas kilang itu seorang lelaki berusia 48 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Katanya mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori