Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Langkah Khazanah Nasional Bantu...

KUALA LUMPUR -- Langkah Khazanah Nasional menubuhkan pusat khas bagi memberi 'sokongan penempatan'...

Bekal Susu Segar Keningau...

KENINGAU – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, beliau...

Malaysia Di Landasan Betul...

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Pertubuhan Bangsa Berssatu (PBB) berkata kerajaan Malaysia menuju...

Pemuda PAS Kesal Tindakan...

SHAH ALAM - Pemuda Pas kesal dengan tindakan segelintir golongan anti vaksin yang...

2 Mesin ATM Sebuah Bank Di Putatan Diletupkan

PUTATAN – Dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di sini, diletupkan dan sejumlah wang tunai dilarikan dalam kejadian rompakan awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.20 pagi itu, lima penjenayah bertopeng bertindak mengacukan pisau kepada seorang pengawal keselamatan bertugas di premis itu sebelum meloloskan diri menggunakan sebuah kenderaan dipercayai jenis Perodua Viva.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Salehhuddin Abdul Rahman berkata anggota polis yang bertugas di pondok polis berhampiran bergegas ke tempat kejadian sejurus terdengar bunyi letupan itu.

“Kumpulan suspek yang memakai topeng itu meletupkan dua mesin ATM dan melarikan sejumlah wang tunai,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Polis tidak menolak kemungkinan kumpulan penjenayah itu adalah suspek sama melakukan rompakan mesin ATM di daerah Membakut pada April lalu.


Salehhuddin berkata sebuah pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi melakukan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes letupan mesin ATM itu.

Polis turut menjalankan Op Tutup bagi mengesan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori