Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Terus Tambah Baik...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus menambah baik mod pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan...

Masyarakat Perlu Tahu ‘Dosa’...

KUALA LUMPUR - Penulis buku veteran, Syed Hussein Al-Attas menyifatkan buku ditulisnya mengenai...

Peminat Belum ‘Move On’...

MESKIPUN pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) sudah melabuhkan tirainya, namun peminat...

Warga Emas Maut Dilanggar...

ROMPIN – Seorang warga emas maut dlanggar oleh sebuah motosikal ketika sedang berjalan kaki ke...

2 Maut Ditembak Penyerang Tidak Dikenali

NARATHIWAT – Dua maut akibat ditembak oleh penyerang tidak dikenali dalam dua kejadian di wilayah bergolak Narathiwat ketika delegasi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sedang melawat beberapa wilayah di selatan Thailand.

Penolong Ketua Polis Takbai Kapten Wirapong Inpakwean berkata seorang lelaki berusia 26 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan di dalam rumahnya di Kampung Sipo, Takbai pada 4.35 pagi tadi (waktu tempatan).

“Pihak polis tidak menemui sebarang kelongsong peluru di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam kejadian 11.40 malam semalam (waktu tempatan) pula, seorang lelaki berusia 60 tahun ditembak di bahagian badannya ketika berada di depan rumahnya.

Lelaki yang dikenali sebagai ‘Nasir’ itu bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. – BERNAMA

Kategori