Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

5 Lelaki Geng Curi...

KUALA LUMPUR - Lima lelaki berumur 17 hingga 20 tahun yang terlibat dalam...

Addy Kana, 2 Polis...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan ahli perniagaan Zaidi Kanapiah atau lebih...

Harga Kereta Bakal Naik...

SUBANG - Sime Darby Bhd menjangkakan harga kereta jualannya akan meningkat sedikit selepas...

K’jaan Nafi Guna Akta...

PETALING JAYA - Kerajaan menafikan Akta Hasutan 1948 digunakan untuk melaksanakan pendakwaan terpilih...

2 Maut Bas Ekspres Langgar Penghadang Jalan

BATU GAJAH – Seorang pemandu bas dan seorang penumpang maut, manakala 36 lagi cedera selepas bas ekspres dua tingkat yang dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Batu Gajah Perdana di sini awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Zainal Abidin Wok, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 5.08 pagi tadi dan sebaik tiba di lokasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dua tingkat.

Katanya, bas berkenaan dipercayai terbabas dan merempuh batu pembahagi jalan di tengah-tengah laluan terbabit.

“Setakat ini dua mangsa didapati meninggal dunia di lokasi kejadian membabitkan seorang lelaki yang juga pemandu bas dan seorang penumpang wanita.

“Manakala 36 lagi penumpang dilaporkan cedera dan kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, berdasarkan maklumat awal bas terbabit dalam perjalanan daripada Ipoh menuju ke Lumut.


“Bomba kini masih menjalankan operasi pembersihan lokasi kemalangan itu,” katanya. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori