Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Zaquan Mengamuk Di Twitter,...

EH, apa kes pula si Zaquan Adha sampai hendak mengamuk di Twitter ni?Katanya:Pada...

Hentikan Pertelingkahan Babit Perkauman...

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mahu sebarang pertelingkahan yang boleh...

Polis Ambil Sampel Dari...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat mengesahkan pihak...

Tapak Jualan Hangus, Peniaga...

Para peniaga bazar larut malam (uptown) Seksyen 24, Shah Alam menzahirkan rasa kecewa...

2 Majikan Didenda RM1,500 Gagal Patuhi Peraturan Gaji Minimum

KUANTAN – Dua majikan masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melanggar perintah gaji minimum pada Mei lepas.

Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah menjatuhi hukuman tersebut ke atas pengarah syarikat Goober Go Enterprise atas kesalahan gagal membayar gaji pokok RM900 bagi bulan April kepada seorang daripada pekerjanya.

Pengarahnya, Goh Tien Hock, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 12.30 tengah hari di Lot 83141, Jalan Sungai Lembing, Kuantan, 29 Mei lepas.

Sementara itu, Pang Siew Lian, pengarah syarikat Man Kiong Trading, turut didenda atas pertuduhan yang sama kerana didapati gagal membayar gaji pokok seorang pekerjanya berjumlah RM34.62 sehari selama empat bulan iaitu dari Januari hingga April 2014.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Man Kiong Trading Sdn Bhd, Batu 8 1/2, Tanjung Pasir, Sungai Lembing pada 27 Mei lepas.


Kedua-dua tertuduh didapati melanggar Peraturan 4, Perintah Gaji Minimum 2012, Seksyen 43, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 bagi setiap pekerja, jika disabit kesalahan.

Mereka kemudian membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Tenaga Kerja Pahang, Yuszatunaim Yusof dan Ahmad Saad. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori