2 Lelaki Samun Kedai Serbaneka Ditahan

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang menjalankan kegiatan samun bersenjata di beberapa buah kedai serbaneka ditahan dalam dua serbuan di Kajang, dekat sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, kedua- dua suspek berusia 20 dan 18 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam.

“Siasatan polis mendapati jumlah kerugian samun yang dilakukan di sekitar kawasan Dang Wangi berjumlah RM5,000 melibatkan tujuh lokasi.

“Mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dengan senjata,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Loading...