Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jerebu Terburuk 500 Penerbangan...

BEIJING - Lebih 500 penerbangan antarabangsa dan dalam negeri terpaksa dibatalkan di Lapangan...

4 Garis Panduan Kerjasama...

KUANTAN - Majlis Syura Ulamak menetapkan empat perkara yang perlu dipatuhi dalam garis...

Ketua Penerangan UMNO Ziarah...

KUALA LUMPUR - Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang dimasukkan ke...

Pindaan Akta Mahkamah Syariah...

KUALA LUMPUR - Cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965...

2 Lelaki Pakistan Didakwa Rompak Pelancong Iran

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga Pakistan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang pelancong warga Iran dan melarikan wang berjumlah €400 (RM1,867), dua bulan lepas.

Nayyar Naeem Ahmed, 31, juruelektrik dan Raza Ahmed, 43, penjual permaidani mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan dalam bahasa Urdu di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid.

Kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu terhadap Mohammad Ghasemi Malek Abdollah, 34, dengan menyamar sebagai polis sehingga menimbulkan ketakutan kepada mangsa di laluan pejalan kaki di Jalan Tun Ismail, Chow Kit di sini pada 12.30 tengah hari, 28 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin dan menetapkan 31 Julai untuk sebutan semula kes. – BERNAMA


*Sekadar Video Hiasan..

Kategori