2 Lelaki Menyamar Polis Ditahan Di Cameron Highlands

IPOH – Polis menahan dua lelaki di Kampung Raja, Cameron Highlands, malam tadi kerana menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun pendatang asing warga Myanmar.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, mereka yang berumur 29 dan 52 tahun itu ditahan selepas menerima laporan daripada seorang rakan kepada mangsa yang ditangkap suspek.

“Ketika kejadian, seorang warga Myanmar ditahan dan dimasukkan ke dalam kereta serta digari. Kemudian suspek yang memakai vest polis meminta wang sebanyak RM500 jika mangsa mahu dilepaskan.
Toyota Raikan Tahun Baru Cina dengan Rebat yang Menakjubkan !

“Kemudian mangsa telah menghubungi rakannya yang juga warga Myanmar untuk meminta bantuan,” katanya.

Beliau berkata, hasil laporan daripada rakan kepada mangsa, polis menahan kedua-dua suspek berkenaan kira-kira pukul 8 malam. – BERNAMA

Loading...