Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

AirAsia Tawar Promosi Tiga...

KUALA LUMPUR - AirAsia kini menawarkan promosi sehingga tiga juta tempat duduk dalam...

Polis Berjaya Tahan Suspek...

JOHOR BAHRU - Polis berjaya menahan pemuda yang dipercayai menikam mati gadis bekas...

Buaya Muncul Di Jeti...

ISKANDAR PUTERI: Kemunculan seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter di Puteri Harbour, di...

Hijabista Terkenal, Shea Rasol...

SEBUT sahaja nama Shea Rasol, mungkin ada sesetengah netizen yang tidak begitu mengenalinya. Namun,...

2 Lelaki Menyamar Anggota Polis Ditahan Selepas Samun Penjual Ikan

PETALING JAYA – Dua suspek lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis ditahan selepas disyaki menyamun seorang lelaki di hentian sebelah Petaling Jaya di Lebuhraya Damansara-Puchong di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai penjual ikan, 40, itu sedang berehat di kawasan hentian itu, sebelum didatangi kedua-dua suspek yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Lee Swee Meng berkata kedua-dua suspek yang ditahan itu berumur lingkungan 25 dan 29 tahun.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa untuk membuka pintu kenderaannya sebelum mengambil sebuah beg yang mengandungi barangan peribadi mangsa.

“Unit peronda polis yang kebetulan meronda kawasan itu berasa curiga dengan tindakan kedua-dua suspek ini dan bertindak menahan mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Lee berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek bekerja sebagai penunda kenderaan dan mempunyai rekod jenayah lampau antaranya kes samun dan curi kereta.

Katanya, kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana menyamun secara berkawan manakala suspek direman tiga hari bermula semalam hingga Rabu ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori