Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Dituduh Bunuh Wanita...

PORT DICKSON : Seorang lelaki berhadapan tuduhan membunuh seorang wanita warga emas selepas...

Tanah Runtuh: 8 Mangsa...

KINABATANGAN - Lapan orang yang hilang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Sungai...

Padah Pemandu Terkucil Di...

Manchester - Seorang pemandu dalam kes langgar lari memberi alasan memandu melulu sehingga...

Usia 51 Tahun, Rosyam...

DI USIA menjangkau 51 tahun, Datuk Rosyam Nor masih lagi gagah melakonkan babak...

2 Lelaki Ditahan, Ganja Lebih RM500k Dirampas

GOMBAK – Dua lelaki tempatan yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah berjaya dicekup pasukan polis di sekitar Plaza Tol Rawang arah selatan dekat sini awal pagi semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kedua-dua lelaki berusia 23 dan 35 tahun itu ditahan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor dan Kedah pada pukul 2.40 pagi.

“Polis merampas 176 ketulan mampat daun kering disyaki ganja yang dianggarkan bernilai RM528,000 dan disorok dalam bonet kereta BMW 5 Series yang dinaiki salah seorang suspek selain merampas sebuah lagi kereta Perodua Myvi dipandu rakannya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohmad berkata pemeriksaan rekod jenayah mendapati kedua-dua suspek yang tidak bekerja itu tiada sebarang rekod jenayah malah pemeriksaan air kencing juga menunjukkan mereka negatif dadah.

“Siasatan awal mendapati mereka memperoleh bekalan ganja berkenaan dari negara jiran.

“Jumlah rampasan ini boleh dipasarkan kepada lebih 350,000 orang penagih yang disasarkan di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata mereka ditahan reman selama seminggu bermula semalam sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.


Dalam perkembangan lain, Mohmad berkata pihaknya merampas lebih satu tan ganja bernilai RM3.4 juta bermula Januari sehingga 15 Mac lepas.

“Kita turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM50.16 juta dalam tempoh yang sama serta menahan 35,116 orang atas pelbagai kesalahan dadah,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori