Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

‘Booking’ Tempat Bersolat Bersama...

SEPANG - Kenangan beribadah di Tanah Suci seolah-olah melambai-lambai juruterbang Malaysia Airlines (MAS)...

Video: Murid Tahun 1...

RAKAMAN litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dilarikan oleh...

PKP 3.0 Dilanjutkan Sehingga...

KUALA LUMPUR - Sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilanjutkan untuk...

Kalau Dulu Beckham, Kini...

TIDAK masuk akal. Jika dahulu jejaka transgender ini sanggup menghabiskan duitnya untuk kelihatan seperti...

2 Lelaki Ditahan, 11 Rangka Motosikal Curi Ditemukan – Polis Besut

BESUT – Polis menemui rangka 11 motosikal curi di dalam sebuah tali air susulan penahanan dua lelaki di kediaman masing-masing di Kampung Gong Penaga pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah berkata hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku melakukan jenayah curi motosikal dan seorang daripadanya mengaku melakukan jenayah itu di Kota Baharu, Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur.

“Kedua-dua suspek mengaku membuang rangka motosikal yang dicuri ke dalam tali air berdekatan kampung mereka setelah mengambil komponen penting untuk dijual.

“Susulan itu kita kerahkan penyelam ke kawasan berkenaan bagi mengeluarkan komponen dan rangka motosikal dibuang ke dalam tali air sedalam kira-kira dua meter,” katanya pada sidang media di sini Khamis.


Beliau berkata seorang daripada lelaki itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Katanya suspek yang masing-masing berumur 22 dan 21 tahun kini direman untuk siasatan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori