Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Serangan Charlie Hebdo :...

PEMIMPIN Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) difahamkan memberikan arahan kepada para pengikutnya...

346 Polis Antara 804...

KUALA LUMPUR : Seramai 346 pegawai dan anggota polis adalah antara 804 penjawat...

Alumni UiTM Diingatkan Hargai...

SHAH ALAM – Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) diingatkan supaya terus menghargai jasa...

Lelaki Potong Zakar Dalam...

China – Akibat kecewa dan tidak dapat menerima hakikat perkahwinannya telah berakhir, seorang...

2 Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Khianat Peg. Kastam

KLANG – Dua lelaki ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes khianat melibatkan seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Pelabuhan Klang, di sini, Disember lepas.

Perintah tahanan reman terhadap dua lelaki masing-masing berusia 48 dan 49 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Klang, Azimah Mohd Yusof.

Dalam insiden pada pukul 2.10 pagi 9 Dis lepas, rumah seorang pegawai kanan JKDM di Taman Telok Gedong Indah, Pelabuhan Klang disimbah cat merah oleh dua lelaki bermotosikal dan memakai topi keledar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli dilaporkan berkata suspek ditahan Isnin lepas bagi membantu siasatan satu lagi kes khianat melibatkan empat kenderaan milik keluarga seorang pegawai kanan JKDM di Putrajaya yang terbakar minggu lalu.


Dalam kejadian awal pagi 23 Jan lalu, empat kenderaan milik Penolong Kanan Pengarah Kastam Penguat Kuasa GST JKDM Nur Azman Mat Jini serta keluarganya yang diletakkan di hadapan kuarters kediaman beliau di Presint 11, terbakar. – BERNAMA

Kategori