Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahli Parlimen Perancis Mohon...

SEREMBAN - Dua Ahli Parlimen Perancis memohon supaya siasatan ke atas kematian remaja...

Hasrat Tak Sampai, Pengantin...

SAYU... Hasrat sepasang bakal pengantin baru untuk ke jenjang pelamin bersama tidak kesampaian...

Jagung Mampu Jana Pendapatan...

KANGAR - Tanaman jagung boleh mendatangkan pendapatan yang menggalakkan buat petani dan boleh...

Punggung Budak Tahun 1...

SEORANG kanak-kanak berusia tujuh tahun mendakwa dirotan guru tuisyen hingga melecur di bahagian punggung...

2 Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Pantai Batu Layar

JOHOR BAHRU – Dua remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadhli Ismail berkata dua mangsa tersebut adalah Noor Rahimi Fithri Ismail, 19, berasal dari Taman Plentong Baru, Masai, di sini dan Muhammad Norhakimi Rejab, 20, dari Felda Chemomoi, Triang, Pahang.

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 8.32 pagi tadi. Operasi mencari dan menyelamat mangsa melibatkan seorang pegawai dan lapan anggota bomba,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Mohd Fadhli berkata kejadian berlaku kira-kira 50 meter dari pantai dan usaha pencarian ditumpukan di sekitar kawasan tersebut buat masa ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah yang mengesahkan kejadian itu berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 8.45 pagi tadi.


Beliau berkata selain bomba, operasi terbabit turut melibatkan pasukan polis dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori