Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Guna Beruang Serah Bola...

GARA-GARA terlalu ekstrem dan mahukan yang terbaik dalam persembahan bola sepak, seekor beruang...

Raih RM40 Juta, Munafik...

KUALA LUMPUR - Kejayaan filem Munafik 2 meraih kutipan RM40 juta selepas 17...

19 Pelajar Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Seramai 19 pelajar Malaysia, yang menuntut di Adventist University of...

Zizan Razak Doakan Kebahagiaan...

PELAWAK Zizan Razak mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya, Emma Maembong dengan pelakon lelaki yang...

2 Lelaki Didakwa Bunuh Wanita Warga Indonesia

KUALA LUMPUR – Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga Indonesia, bulan lepas.

S. Gunasegaran, 33, dan Muhammad Faiz Mohd Zaifuddin, 29, hanya menggangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

Mereka didakwa membunuh Suwarni, 56, seorang pembantu restoran, di lorong tepi bangunan Offgamers Sdn Bhd Jalan Pasar, di sini, antara 3.40 pagi dan 4.20 pagi, 3 Mac lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 9 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Vasugi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori