Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kek Imaginasi Kanak-Kanak 6...

BUDAK berusia enam tahun ini pasti gembira kerana kek yang diidamkannya, telah dihasilkan...

Sultan Ibrahim Titah Pertimbang...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor menggesa pelbagai pihak berkepentingan untuk memikirkan kembali idea...

Pusat Pemindahan Tutup, Banjir...

KUANTAN - Dua pusat pemindahan sementara mangsa banjir yang dibuka bagi menempatkan 30...

Impian Lelaki Kahwini Kekasih...

SIAPA sangka impian seorang lelaki di Wilayah Henan, China untuk mengahwini gadis yang...

2 Lelaki Bersenjata Pistol Samun Kenderaan Diburu

TANAH MERAH – Polis sedang memburu dua lelaki tempatan berusia 30 tahun disyaki terlibat dalam kes samun kenderaan menggunakan senjata api di daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Muhammad berkata kejadian samun kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux itu berlaku pada 8.20 malam di Taman Yap Boon Yang di sini.

“Ketika kejadian, mangsa seorang wanita berusia 38 tahun bersama anak lelaki, 13 tahun dan seorang pekerja 22 tahun singgah di kedai milik mangsa apabila tiba-tiba didatangi dua suspek tersebut mengacukan pistol ke arah mangsa dan meminta kunci kenderaannya.

“Kerana ketakutan dan bimbang keselamatan nyawa, mangsa segera menyerahkan kunci kenderaannya itu kepada suspek yang turut merampas telefon bimbit mangsa,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah di sini, hari ini.

Suzaimi berkata seorang suspek memandu kenderaan milik mangsa manakala seorang lagi suspek melarikan diri menggunakan kereta lain.


Katanya polis telah meminta kerjasama agensi penguat kuasa di sempadan Malaysia-Thailand untuk memastikan kedua-dua suspek terbabit tidak lolos ke negara jiran, selain menasihati orang ramai supaya berwaspada kerana kedua-dua suspek dipercayai masih berada di negeri ini. – BERNAMA

Kategori