Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

39 Syarikat Sertai Kempen...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 39 syarikat melibatkan peruncitan, pengilang dan peniaga rangkaian restoran...

1 Lawan 1: Pakatan...

KETIKA sebuah akhbar tempatan yang diketahui memang cenderung pembangkang menyiarkan berita muka depan...

TH Sudah Sedia Kendali...

GURUN - Tabung Haji (TH) sudah bersiap sedia untuk mengendalikan penerbangan pertama jemaah...

PRN: ‘Sarawak For Sarawakians’...

KUCHING - Bagi orang dari Semenanjung yang kali pertama tiba di bumi Kenyalang,...

2 Lelaki Bangladesh Dipenjara Sebabkan Kematian

SHAH ALAM – Seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini hari ini menggesa supaya satu formula dapat diambil bagi menangani masalah jenayah membabitkan warga asing di negara ini.

Hakim Datuk Ghazali Cha berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap dua warga Bangladesh, Abdul Razal Tofazzal Hossain dan MMD Ripon Mondal Krndabosos kerana menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Mohd Shukri yang berusia dua tahun.

Ghazali turut menjatuhkan hukuman penjara tujuh setengah tahun ke atas Abdul Razal kerana menyebabkan kematian tanpa niat ke atas ibu kanak-kanak itu, Suramlah Nidin, seorang warga Indonesia.

Beliau memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman itu serentak berkuat kuasa daripada tarikh tangkapan iaitu pada 6 Ogos 2011.

Ghazali berkata dalam kes itu dua nyawa tidak berdosa telah melayang dan lebih kejam lagi mayat mangsa dipotong tanpa belas kasihan serta dicampak di bangunan kosong dan dalam bilik air.

“Walaupun sudah meninggal dunia, mayat kedua-dua mangsa berhak dihormati dan dilayani dengan baik. Kedua-dua tertuduh dan mangsa merupakan warga asing yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki.

“Bagaimanapun, akhir-akhir ini ini kejadian jenayah melibatkan warga asing begitu ketara menyebabkan indeks jenayah meningkat. Akibatnya pihak berkuasa terpaksa bekerja keras dan mahkamah dihujani banyak kes melibatkan warga asing,” katanya.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan bersama-sama menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Mohd Shukri di Unit No: 40, Tingkat 5, Blok Chrysaa, Astaria Apartment, Taman Kosas, Ampang dekat sini, kira-kira 11.30 pagi hingga 2 petang pada 29 Julai 2011.

Abdul Razal juga mengaku bersalah terhadap satu lagi pertuduhan pilihan menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Suramlah, berusia 30-an, di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Hukuman ke atas kedua-dua tertuduh diputuskan mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.


Mereka sebelum ini menghadapi pertuduhan asal iaitu membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 3 Ogos 2011, pengurus bangunan di apartmen itu telah menjumpai satu kaki sebelah kiri serta pangkal peha hingga ke jari kaki di tempat kejadian dan pemeriksaan oleh pihak forensik polis seterusnya menemui sebelah kaki kiri manusia, lengan tangan kiri, lengan tangan kanan, sangkar dada dan organ dalaman manusia di atas siling bilik air.

Turut ditemui di tempat sama ialah mayat kanak-kanak itu yang dalam keadaan sempurna dan pemeriksaan lanjut di tempat kejadian menemui satu kepala manusia di dalam bantal peluk berbentuk panjang.

Siasatan mendapati pada hari kejadian, mangsa membawa anak lelakinya berjumpa kedua-dua tertuduh yang tinggal di Unit No: 36, bangunan sama, untuk melakukan hubungan seks dengan kedua-dua lelaki tersebut.

Pemeriksaan forensik telah menjumpai kesan darah milik wanita itu di dalam salah satu bilik di rumah yang didiami oleh kedua-dua tertuduh dan pada pisau yang dirampas dari rumah tersebut.

Sebab kematian kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizza Sauni sementara Abdul Razal diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff dan MMD Ripon oleh peguam Halim Ashgar Mohd Hilmi. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=kD9n_u7zra4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori