Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jenazah Bonda Sultan Johor...

JOHOR BAHRU - Jenazah bonda Sultan Johor, Almarhumah Yang Amat Mulia Enche' Besar...

Kawalan Keselamatan Semua Pintu...

KUALA NERUS - Kawalan keselamatan di semua pintu masuk seluruh negara termasuk laluan...

Jika TPPA Gagal, Malaysia...

KUALA LUMPUR - Sekiranya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak menjadi kenyataan, Malaysia akan...

“Shame On You Girl”...

KUALA LUMPUR – Terkenal bersikap lantang, Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil bersuara melibatkan seorang...

2 Lagi Negara Sumber Pengawal Keselamatan – Zahid

PUTRAJAYA – Dua buah negara lagi akan menjadi negara sumber tenaga kerja pengawal keselamatan di Malaysia selain daripada Nepal, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata cadangan dua buah negara
sumber baharu bagi pengawal keselamatan itu akan dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat.

“KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah bersetuju bahawa syarikat boleh mengambil pengawal keselamatan dari dua negara selain Nepal.

“Namun begitu, tenaga kerja tempatan hendaklah didahulukan dan nisbah pengambilan pekerja tempatan hendaklah dipatuhi,” katanya pada majlis pertemuan dengan Ahli Lembaga Pengarah, Pengurus Syarikat dan Pelanggan Industri Kawalan Keselamatan Negara di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Masir Kujat serta Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Berhubung cadangan Kementerian Pendidikan untuk menggunakan khidmat Rela bagi mengawal keselamatan di sekolah, Ahmad Zahid berkata cadangan tersebut ditolak.

“Jika pengawal dan anggota Rela mahu digunakan (mengawal keselamatan di sekolah), mereka mesti diserapkan sebagai tenaga kerja (syarikat kawalan keselamatan),” katanya.

Menurutnya, pada masa ini 800 syarikat kawalan keselamatan sahaja dibenarkan beroperasi di seluruh negara.

Beliau berkata penetapan itu dibuat bagi mengehadkan bilangan syarikat kawalan keselamatan selain mengelak persaingan tidak sihat.

Beliau memaklumkan 47 syarikat kawalan keselamatan dibatalkan lesen pada tahun ini ekoran tidak mematuhi syarat ditetapkan KDN, termasuk pengawal keselamatan di syarikat tersebut tidak menjalani program latihan Pengawal Keselamatan Bertauliah (CSG).

Ahmad Zahid berkata beliau dimaklumkan terdapat 95 syarikat kawalan keselamatan yang masih tidak menghadiri CSG.


“Mungkin syarikat-syarikat ini tidak berminat untuk memperbaharui lesen… mereka diberi masa sehingga 31 Dis ini,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa CSG diwajibkan ke atas semua pengawal keselamatan dengan menyediakan latihan yang lebih teratur kepada mereka.

“CSG dilaksanakan bukan hanya sekadar memenuhi syarat tetapi untuk melengkapkan pengawal keselamatan agar berada di tahap kesiapsiagaan tinggi agar apabila sesuatu permasalah timbul, mereka mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya.

Ahmad Zahid berkata KDN tidak akan berkompromi untuk membatalkan lesen mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang dipajak atau disewakan kepada kongsi gelap.

“KDN sedang meneliti syarikat-syarikat terbabit. Kita dapat tahu dan sedang mencari bukti. Seperti dilaporkan media, ada syarikat di mana pemegang saham atau pengarahnya hanya ‘window dresser’ sahaja, di belakangnya kongsi gelap,” katanya.

Bagi mengatasi masalah pembayaran lewat kementerian, jabatan dan agensi kepada syarikat kawalan keselamatan, Ahmad Zahid berkata Perbendaharaan Negara dan ketua setiausaha kementerian, ketua pengarah dan ketua agensi akan menyelaras agar bayaran dibuat dalam tempoh 30 hari selepas tuntutan dibuat.

“Jika mana-mana syarikat dapat bayaran lebih 30 hari, saya akan mengarahkan dua timbalan menteri melakukan tindakan susulan… saya juga sedia membawa perkara itu ke mesyuarat jemaah menteri untuk tindakan,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia dan SIRIM Bhd untuk mewujudkan piawaian atau standard bagi industri kawalan keselamatan di Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori