Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

HTAR Siasat Dakwaan Cuai...

Klang : Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini sedang menjalankan siasatan berhubung...

Pelajar Tingkatan Satu Ditahan,...

Ampang Jaya : Tindakan seorang pelajar tingkatan satu dan rakannya mencuri tabung di...

Saharul Ridzwan Bakal Bergelar...

TAHNIAH diucapkan kepada aktor Saharul Ridzwan dan isteri, Qaabila Deena Emir yang khabarnya...

Terbuka Malaysia Hilang Seri...

KEJOHANAN Terbuka Malaysia 2015, bermula 31 Mac ini, mungkin hilang seri dan kemeriahannya...

2 Lagi Direman Berkaitan Kes Rasuah, Pengubahan Wang

KUALA TERENGGANU – Dua individu direman enam hari secara berasingan mulai hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah dan penggubahan wang haram yang turut melibatkan pegawai pemerintah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masing-masing dibenarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu Wan Aziantie Wan Ab Karim@Isa dan Hakim Mahkamah Majistret/Sesyen Kemaman Badrul Munir Mohd Hamdy.

Kedua-dua suspek yang dipercayai orang tengah dalam kes itu, ditahan SPRM semalam ketika sedang memberi keterangan dan disiasat disiasat mengikut Seksyen 17 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFUPUAA 2001).

SPRM semalam mereman pegawai pemerintah berumur 37 tahun itu selepas suspek dipercayai menerima wang rasuah berjumlah antara RM4,000 hingga RM9,000 daripada tauke kapal dari 2016 hingga 2017.

Wang itu dimasukkan ke dalam akaun individu lain sebagai balasan bagi melepaskan bot nelayan asing yang ditahan APMM kerana kesalahan menceroboh perairan negara khususnya di perairan Terengganu. – BERNAMA

Kategori