Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Beri Nasihat Salah Berhubung...

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan memberikan nasihat salah...

Rusia Lancar Kapal Selam...

MOSCOW - Kementerian Pertahanan Rusia kelmarin melancarkan kapal selam tentera terbaharu dan paling...

‘PM Tepi’ Jadi Sebutan...

SIDANG Dewan Rakyat, hari ini, dimaklumkan ada lima jenis ‘PM’ atau Perdana Menteri...

Kisah Sedih Amanda Todd.....

AMANDA seorang remaja yang cantik. Sudah adat gadis seusianya, dia dambakan perhatian terutama...

2 Episod Terakhir Istikharah Cinta Disiar Serentak

KUALA LUMPUR – Drama Istikharah Cinta yang mula bersiaran menerusi slot Akasia pada 23 Disember bakal berakhir malam ini, 6 Februari.

TV3 akan menyiarkan tayangan eksklusif 2 episod terakhir Istikharah Cinta pada jam 9 malam hingga 11 malam ini.

Istimewa dengan tayangan dua episod terakhir pada malam ini, satu majlis tayangan eksklusif dan sesi ramah mesra bersama pelakon utama seperti Zul Ariffin, Faye Kusairi, Falisha Crossley, Azizul Ammar, Lia Natalia, Nizen Ayob dan ramai akan berlangsung di Rasta TTDI.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi tayangan eksklusif episod akhir Istikharah Cinta. Drama terbitan Orangetree Production 28 episod ini mengisahkan mengenai Airil (Zul Ariffin) yang gagal dalam perkahwinan pertamanya bersama Aiza (Nonny) selepas Aiza keguguran.

Airil kembali membuka hatinya apabila bertemu Dina (Faye Kusairi). Kesetiaan mereka diuji apabila Aiza, kembali menagih cinta Airil dan Hanafis, bekas teman lelaki Dina turut Aiza menyesal kerana meninggalkan Airil apabila dia tidak merasa bahagia dengan perkahwinannya bersama Dr. Rizal (Nizen Ayob).

Aiza turut berpakat bersama Hanafis, bekas teman lelaki Dina yang dipaksa untuk berkahwin dengan pilihan keluarganya untuk menggagalkan perkahwinan mereka. Aiza turut menjadikan Aiman sebagai umpan untuk berbaik semula dengan Airil dengan menyatakan Aiman adalah anak kandung Airil.


Taufik (Azizul Ammar) telah menasihatkan Airil untuk berbincang dengan Dr Rizal mengenai status Aiman. Dia tidak mahu nanti Airil menjadi orang yang memisahkan perhubungan seorang anak dan bapa kandungnya yang sebenar. Taufik sememangnya tidak percaya yang Aiman adalah anak Airil.

Dina pula terperangkap dengan ugutan Hanafis yang ingin menyebarkan gambar-gambar lama mereka sewaktu di UUM dahulu. Dina terpaksa menurut kemahuan Hanafis dan membelakangkan Airil. Aiza turut berjumpa Dina dan menyatakan bahawa dia dan Airil akan kembali rujuk dan sanggup untuk menjadi isteri kedua.

Adakah perancangan jahat Aiza dan Hanafis untuk memisahkan Airil dan Dina akan berjaya? Mungkinkah mahligai yang dibina Airil buat kali kedua ini akan turut musnah? Segalanya bakal terjawab malam ini!. Selamat menonton. – BHarian Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • drama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori