Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Teksi Haram: Polis Nasihat...

KUALA LUMPUR - Pihak polis menasihati pemandu teksi lain agar tidak mengambil tindakan...

Pelajar Warga Yaman Lemas...

BESUT - Seorang warga Yaman yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok...

Parlimen Boleh Tentukan Calon...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Parlimen boleh bertindak memilih calon ahli Lembaga Tabung Haji...

Agong Terima Zakat Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

2 Dipercayai Suami Isteri Ditahan Bunuh Warga Indonesia

PETALING JAYA – Polis menahan dua warga asing dipercayai pasangan suami isteri kerana disyaki terlibat kes bunuh seorang lelaki dalam satu pergaduhan di sebuah flat di Jalan PJS 6/3B, Kampung Lindungan, Sungai Way di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata lelaki berumur 30 tahun dan wanita berusia 21 tahun itu ditahan di kediaman mereka di flat berkenaan pada 1.30 pagi tadi.

“Bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi dan mendapati seorang lelaki warga asing dikenali sebagai Tohir, 28, sudah meninggal dunia dengan kesan tikaman di perut di kawasan tempat letak kereta di blok flat berkenaan.

“Mangsa dipercayai ditikam di rumah berkenaan dalam pergaduhan itu sebelum melarikan diri dan mati di kawasan tempat letak kereta,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. Pada masa sama, polis sedang mengesan dua individu berusia 20-an bagi membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori