Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hamzah Zainuddin Positif COVID-19

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan positif COVID-19 hari...

SPR Jawab 10 Fitnah...

BELUM pun habis tempoh pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, pelbagai fitnah dan...

Aerotren KLIA Beroperasi Semula...

PUTRAJAYA - Perkhidmatan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tergendala...

Dividen KWSP Mungkin Lebih...

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membayangkan pendapatan dividen tahun ini, dijangka lebih rendah...

2 Daripada 3 Anggota Polis Direman – Pengarah SPRM N.Sembilan

SEREMBAN – Dua daripada tiga anggota polis cawangan Risikan Jenayah (D4) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan semalam, direman bagi membantu siasatan berhubung kes penjualan semula kenderaan klon.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata kedua-dua mereka berumur 36 dan 54 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Seorang lagi akan dibebaskan petang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

SPRM dalam kenyatannya semalam, berkata ketiga-tiga mereka masing-masing berumur 36, 54 dan 27, bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Negeri Sembilan.


Menurut SPRM, kesemua mereka ditahan bersama barang kes RM1,500 pada pukul 2.30 petang semalam di sebuah restoran dekat sini.

Kes melibatkan penjualan kereta yang dirampas tanpa membuat laporan polis dan ia dijual semula kepada seorang lelaki Cina, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori