Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Masyarakat Kurang Setuju Tambang...

KUALA LUMPUR - Rata-rata masyarakat kurang bersetuju dengan pertimbangan Kementerian Pengangkutan untuk menaikkan...

KPDNKK Perlu Cari Mekanisme...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mempunyai...

Liga Hoki Dunia: Argentina...

KUALA LUMPUR - Malaysia tewas kepada pasukan gergasi hoki dunia, Argentina 2-5 pada...

Sejauh Mana Persediaan Kita...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi yang melanda Sabah baru-baru ini bukan sekadar mencatat...

2 Cedera Kereta Bertembung Bas Di Bentong

KUANTAN – Dua cedera selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki lima sekeluarga bertembung dengan sebuah bas di KM 3 Jalan Bentong-Raub dekat Bentong petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Nor Mansor berkata, kemalangan berlaku pada pukul 6 petang ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Mempaga menghala ke Bentong.

“Tiba di tempat kejadian, pemandu Alza serta Muhamad Hapis Hassan, 24, dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi tidak berjaya, lalu bertembung dengan bas berkenaan yang dalam perjalanan dari arah Bentong menuju ke Mempaga.

“Akibat kemalangan itu, mangsa patah tangan kanan manakala ibunya Zan Troman, 65, cedera di kepala. Sementara tiga ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata Muhamad Hapis dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut sementara ibunya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

Menurutnya, pemandu bas berkenaan, Nor Azman Abdul Talib, 48, dari Felda Mempaga 1, Karak bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.


Difahamkan ketika kejadian terdapat 15 orang penumpang di dalam bas berkenaan, namun mereka juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes, katanya disiasat di bawah Seksyen 43(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=Y4NqI-P9PdU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori