Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Labbaikallah Gabungkan Syiar Ibadah...

TEPAT 9.00 malam pada 29 Ogos, penonton berpeluang mengikuti laporan eksklusif Musim Haji selama...

Pencemaran Sungai Gong: 2...

KUALA LUMPUR - Dua pekerja sebuah kilang ditahan reman enam hari mulai hari...

Rayuan ‘Haruan Makan Anak’...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 25 April bagi mendengar rayuan...

Awas Taktik Sindiket Curi...

GOMBAK - Berhati-hati apabila anda diminta untuk mendedahkan butiran peribadi kerana ia mungkin...

2 Beranak Mengaku Tak Bersalah Tipu Projek PLKN

DUA beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah atas dua pertuduhan menipu seorang lelaki bagi projek Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), enam tahun lepas.

Abd Razak Haron, 68, dan anaknya Shaiful Bakhtiar Abd Razak, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, kedua-dua mereka didakwa telah memperdayakan seorang kontraktor Mohd Yusoff Salleh, 55, untuk membuat pembayaran berjumlah RM10,000 dan RM70,000 bagi projek tersebut pada 18 dan 21 Oktober 2013, antara pukul 9 pagi hingga 4.30 petang.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di kaunter Maybank Kuala Klawang, Jelebu dan kaunter Bank Rakyat Seremban.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Hakim Nariman membenarkan Abd Razak, yang kini tidak bekerja dan Shaiful Bakhtiar yang merupakan seorang peniaga diikat jamin masing-masing RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sara Afiqah Zulkipli manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Mac ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PLKN

Kategori