1MDB Lantik Pengerusi PIDM Anggotai Lembaga Penasihat

Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengumumkan melantik Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) Tan Sri Dr Abdul Samad sebagai Ahli Lembaga Penasihatnya.

1MDB dalam kenyataan media hari ini berkata, lembaga yang ditubuhkan itu disertai tokoh tempatan dan antarabangsa yang akan membimbing syarikat itu dalam mencapai matlamatnya.

Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Wak Lodin Wok Kamaruddin berkata, 1MDB berbesar hati menerima penyertaan Abdul Samad yang merupakan antara tokoh yang paling dihormati dalam industri kewangan negara.

MENARIK – CEO 1MDB Letak Jawatan, Diganti Pengurus Bank Arul Kanda

“Nasihat beliau amat bernilai kepada syarikat yang dalam proses semakan semula strategik dengan matlamat menempatkan 1MDB pada kedudukan terbaik untuk memaksimumkan nilai daripada portfolio pelaburan dan mencapai objektif ekonomi lebih luas,” katanya.

Abdul Samad mempengerusikan PIDM sejak 15 Ogos 2011.

Lembaga Penasihat 1MDB dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anggota lain lembaga itu ialah Naib Pengerusi dan Presiden Kumpulan Citic dari China, Chang Zhenming dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Hal Ehwal Eksekutif Abu Dhabi dan Peng

Anggota lain Ahli Lembaga Penasihat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu adalah Naib pengerusi dan Presiden Citic Group dari China, Chang Zhenming, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Ketua setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pihak Berkuasa Hal Ehwal Eksekutif Abu Dhabi dan Pengarah Urusan Mubadala Development Co, Khaldoon Khalifa Al Mubarak; dan Pengerusi Kumpulan & CEO LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton, Bernard Arnault turut menganggotainya. – MYNEWSHUB.CC

Ucapan Perdana Menteri Dalam Pelancaran Tun Razak Exchange

Loading...