Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anwar, Azmin, KJ, Izzah...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam laman Twitter...

Peniaga Tidak Mengaku Bakar...

KANGAR - Perbuatan jahat seorang peniaga pasar malam membakar kereta rasmi Mufti Perlis,...

10 Anggota Exco Selangor...

KLANG - Tujuh muka baharu adalah antara 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri...

Air Minuman Dibaca Ayat...

AIR minuman yang didakwa dibacakan ayat-ayat al-Quran akan dilarang dijual tidak lama lagi. Pelaksanaan larangan...

1MDB Bayar Kompaun Dikeluarkan BNM

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah membayar kompaun yang dikenakan ke atas syarikat itu oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

1MDB dalam satu kenyataan media memberitahu, bayaran kompaun itu dijelaskan oleh syarikat berkenaan sepenuhnya hari ini.

“1MDB mengesahkan telah pun membuat bayaran hari ini, sepenuhnya jumlah kompaun tersebut bagi mematuhi keputusan BNM,” kata kenyataan itu hari ini.

Media pada 28 April lalu melaporkan BNM mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB.

Ia berikutan kegagalan syarikat itu mematuhi sepenuhnya arahan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.


Kompaun itu dikeluarkan selepas mendapat persetujuan daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali.

Menurut BNM, siasatan oleh BNM berhubung pelbagai dakwaan pelanggaran ke atas kaedah dan peraturan bank pusat oleh 1MDB telah selesai berikutan pengeluaran kompaun itu.

BNM bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kompaun yang perlu dijelaskan oleh 1MDB. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori