Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PCIRC Perlu Ambil Keterangan...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat...

Anjing Setia Tunggu Pemilik...

MENYEDIHKAN... Seorang wanita yang sedang bersiar-siar bersama dengan anjingnya telah mati dilanggar oleh...

‘Ibu Kerap Menangis Sejak...

KUALA LUMPUR : Seorang kakak merayu bantuan orang ramai untuk mengesan adik perempuannya...

Tsunami Melayu Sentimen Pembangkang...

TASEK GELUGOR - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan tsunami Melayu sebagai satu...

24 Maut Ribut Salji Besar “Snowzilla” Landa AS

WASHINGTON – Wilayah timur Amerika Syarikat (AS) pulih seketika daripada ribut salji besar yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang maut namun Washington masih terjejas teruk apabila pejabat kerajaan dan sekolah kekal ditutup hari ini.

Ribut yang digelar “Snowzilla” membadai berpuluh negeri pada Jumaat sehingga awal pagi Ahad, menyebabkan kira-kira 85 juta penduduk terpaksa duduk di dalam rumah dan tidak berada di jalan raya demi keselamatan mereka.

Salji besar setebal 68 sentimeter menyelaputi Central Park, di New York dikira salji kedua tertinggi pernah dicatat sejak 1869 dan lebih 55.88 sentimeter salji melumpuhkan ibu negara Washington.

Rekod tertinggi bacaan salji turut dicatat di beberapa bandar lain dan merebak sehingga ke Pantai Timur dengan Philadelphia dan Baltimore turut menerima sebahagian daripada kesan paling teruk akibat bencana alam itu.

Namun ketika ribut salji besar itu tamat dan suhu kembali meningkat, New York bangkit daripada situasi lumpuh dan kembali cergas dengan jadual perjalanan. Jalan raya dibuka semula di seluruh bandar di Long Island dan di New Jersey.


Beribu-ibu orang memenuhi kawasan taman, bermain salji, menganjurkan pertandingan lawan bola salji dan ski merentas desa sambil kanak-kanak gembira bermain salji di bawah sinar mentari.

Sementara itu, pertunjukan broadway diteruskan semula selepas dibatalkan pada Sabtu dan muzium dibuka semula manakala kawasan yang diselaputi salji di jalan utama dibersihkan dengan segera dan suhu kini 32 darjah Celsius. – AFP

[wpdevart_youtube]zjFFpk4W73E[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • salji

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori