Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Rayuan Lelaki...

TEMERLOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan seorang lelaki terhadap...

Brunei Lancar ‘InfoDeptBN’ Tangkis...

BANDAR SERI BEGAWAN - Jika jirannya, Malaysia ada portal Sebenarnya.My yang diuruskan Suruhanjaya...

Pos Malaysia Keluar Siri...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem pertama...

Bunuh Bapa Sepupu, Penganggur...

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun...

18,500 Penduduk Berpindah Operasi Matikan Bom

FRANKFURT – Sebuah pasukan pemusnah bom Jerman berjaya mematikan bom Perang Dunia Kedua yang tidak meletup, hari ini dan proses itu mengakibatkan 18,500 penduduk di bandar Ludwigshafen terpaksa berpindah seketika.

Bom itu ditemui ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan, awal minggu ini. Bom udara seberat 500 kilogram itu mungkin digugurkan tentera Amerika Syarikat (AS).

“Berita baik: bom sudah dimatikan! Penduduk boleh pulang ke rumah masing-masing,” menurut bandar Ludwigshafen dalam akaun Twitter rasminya.

Ia juga memuat naik gambar terkini sebuah bom yang dikeluarkan dalam keadaan berkarat. Ia diikat pada palet kayu sebelah dialihkan dari kawasan itu.

Pihak berkuasa di bandar barat Jerman itu mengarahkan semua penduduk dalam lingkungan satu kilometer dari lokasi bom meninggalkan rumah mereka mulai jam 8.00 pagi waktu tempatan sebagai langkah berjaga-jaga, ketika operasi mematikan bom. – AFP/BH ONLINE

Kategori