Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gobind Minta TM Beri...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia meminta Telekom Malaysia (TM) memberi penjelasan...

2 Sindiket Dadah Didalangi...

KUALA LUMPUR - Pihak polis menumpaskan dua sindiket dadah yang didalangi warga Nigeria...

Wanita Mati Akibat Langgar...

LUNDU (Sarawak) – Polis menafikan laporan yang tersebar di laman sosial Facebook kononnya...

2 Cedera Dalam Kemalangan...

IPOH - Empat cedera dalam kemalangan membabitkan 16 kenderaan di Kilometer 321 Lebuhraya...

17 Remaja Geng Basikal Lajak Ditahan

LANGKAWI – Gara-gara mengubah suai dan menunggang basikal secara berbahaya, 17 remaja lelaki ditahan polis dalam Ops Basikal Lajak selama tiga jam di Jalan Kuala Teriang dan Padang Matsirat di sini.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Langkawi, Asisten Superintendan Ahmad Shukri Ramli, berkata dalam operasi bermula pukul 5 petang semalam dan berakhir jam 8 malam tadi, pihaknya turut menyita basikal yang digunakan remaja terbabit sebagai usaha mencegah aktiviti samseng jalanan.

“Operasi dilakukan susulan penularan video berdurasi 10 saat dalam media sosial yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan remaja dipercayai menyertai lumba basikal lajak sekitar Langkawi beberapa hari lalu.

“Sepasukan anggota trafik yang melakukan operasi mengesan sekumpulan 17 remaja berusia antara 12 dan 16 tahun mempamerkan aksi berbahaya menggunakan basikal lajak di Jalan Kuala Teriang dan Padang Matsirat, sebelum pihak kami bertindak menahan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini.

Ahmad Shukri berkata, pemeriksaan mendapati semua basikal yang digunakan kumpulan remaja terbabit diubah suai dan tidak mempunyai sistem brek, sekali gus mengundang bahaya.

“Sejurus ditahan, kumpulan 17 remaja penunggang basikal lajak itu dibawa ke Bahagian Trafik Langkawi untuk siasatan lanjut sebelum memanggil waris mereka untuk diambil keterangan bagi kes sama.

“Basikal digunakan mereka disita untuk siasatan mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis turut mengeluarkan saman di bawah Peraturan 42 (1) LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 kerana mengubah suai basikal,” katanya.


Beliau bagaimanapun berkata, semua remaja terbabit dibebaskan selepas bayaran saman dijelaskan oleh waris masing-masing.

“Kumpulan remaja terbabit menerima amaran lisan daripada pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi (PPDL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut tiba di pejabat Bahagian Trafik Langkawi malam tadi selepas dihubungi polis.

“Polis, PPDL dan JPJ akan terus membuat pemantauan kerana aksi berbahaya mereka bukan sahaja menyalahi undang undang, malah boleh mengundang kemalangan kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – BH ONLINE

Kategori