Pengajar Institut Memandu Pun Tidak Ikut Peraturan Jalan Raya

HULU TERENGGANU – Seorang pengajar institut memandu turut ditahan bersama 70 pengguna jalan raya kerana memandu melebihi had laju di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) di sini Jumaat.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Kamaludin Mohamad berkata, lelaki berusia 40 tahun itu didapati memandu dengan kelajuan 132 kilometer sejam.

Beliau berkata kebanyakan kesalahan yang dilakukan di LPT2 ialah memandu melebihi had laju.

“Purata dua hingga tiga kes direkod sehari melibatkan kemalangan seperti terbabas, langgar belakang, langgar haiwan ternakan dan lopak air,” katanya. – BERNAMA

Loading...