16 Maut, 38 Cedera Van Meletup Di Kandahar

SEKURANG-KURANGNYA 16 maut, manakala 38 lagi cedera selepas sebuah van mini yang penuh dengan bahan letupan meletup ketika pihak berkuasa sedang dalam proses mematikannya.

Menurut jurucakap gabenor wilayah, Daud Ahmadi, ketika kejadian pasukan keselamatan di sini, sudah mengosongkan kawasan di sekitar bas stesen terbabit, iaitu lokasi van berkenaan ditemui.

“Ketika pihak berkuasa sedang berusaha mematikan bom di dalam van, ia tiba-tiba meletup,” kata jurucakap polis, Mohammad Qasim Azad.

Pihak berkuasa yang ditemui di Hospital Mirwais di sini, berkata, antara mangsa yang maut, termasuk seorang orang awam, selain dua anggota polis dan dua pegawai risikan.

Sementara itu, letupan kuat menyebabkan orang ramai yang berada di kawasan berhampiran mengalami kecederaan.

Selain itu, Ahmadi berkata, pasukan keselamatan turut menemui bekas besar yang mengandungi bahan letupan, roket bom tangan, jaket pengebom nekad dan peluru berdekatan lokasi insiden. – AFP/Reuters/myMetro Online