Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Selepas TMI, Malaysiakini Juga...

SIAPA yang tidak kenal Malaysiakini, portal berita tempatan konon mengaku berkecuali; namun realitinya...

Guru Digigit Kuda Ketika...

IPOH - Percutian di Songkla Thailand bersama teman-teman yang sepatutnya menyeronokkan bagi seorang...

Raja Farah Selamat Lahirkan...

TAHNIAH diucapkan buat pelakon Raja Farah yang telah selamat menimang cahaya mata sulung,...

Isu Dalaman Kumpulan Hyper...

Setelah berlanjutan isu yang melanda kumpulan Hyper Act apabila vokalisnya, Ronnie didakwa 'jauh...

16 Kawasan ‘Panas’ Sering Terlibat Kemalangan

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengenalpasti 16 kawasan ‘panas’ di seluruh negeri ini yang sering mengakibatkan berlakunya kemalangan terutama ketika musim perayaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, ia membabitkan dua lokasi di Gua Musang, Machang dan Pasir Mas, empat lokasi di Kota Bharu dan satu lokasi masing-masing di Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.

“Justeru, kita akan meningkatkan rondaan sekerap mungkin di kawasan ‘panas’ terbabit dalam usaha untuk mengurangkan jumlah kemalangan dan kemalangan maut sepanjang Op Selamat kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Op Selamat 14/2019 Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina yang akan bermula selama 15 hari bermula 29 Januari hingga 12 Februari ini di Bandar Baharu Tunjong di sini, hari ini.

Hasanuddin turut menganggarkan sejumlah kira-kira satu juta kenderaan akan memasuki Kelantan sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada kali ini. – BERNAMA

Kategori