Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tukang Urut Dipenjara 3...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga...

Netizen Kagum Kecantikan Isteri...

BERITA gembira yang dikongsikan kepada rakyat jelata mengenai pernikahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin...

Perlu Lebih Empati Dalam...

KUALA LUMPUR - "Saya akan berdebar, sedih, menangis setiap masa, tiada selera makan,...

Pemberian Elaun Sara Hidup...

SANDAKAN - Kenaikan elaun sara hidup nelayan Zon A kepada RM300 daripada RM200...

1,500 Sekolah Musnah Di Anbar Ekoran Konflik Iraq

BAGHDAD – Lebih daripada 1,500 sekolah rosak atau musnah ekoran konflik yang melanda di Wilayah Anbar saja, demikian menurut jurucakap kerajaan Iraq.

Anbar adalah wilayah terbesar di Iraq.

Wilayah berkenaan sudah bergolak sejak tahun 2014, beberapa bulan sebelum kumpulan Negara Islam (IS) melancarkan serangan ke seluruh Iraq.

“Anbar diserang dengan teruk…lebih 1,500 sekolah yang sebahagian dan keseluruhannya musnah, kata Eid Ammash, jurucakap majlis kerajaan wilayah. Anbar mempunyai sempadan yang panjang di barat Iraq dengan Syria, Jordan dan Arab Saudi Arabia.

“Kebanyakan sekolah ini menjadi sasaran terus oleh penjenayah Daesh,” kata Ammash yang merujuk kepada IS.


“Ia memerlukan wang yang banyak dan sekurang-kurangnya dua tahun untuk kerja pemulihan sekolah terbabit,” katanya. – AFP/BH ONLINE

 

https://www.youtube.com/watch?v=Saor7QnbfiQ

  • Lagi berita berkaitan:
  • Iraq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori