Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PKR Johor Dedah Enam...

Kenyataan PKR Johor berhubung kegagalan rundingan pembahagiaan kerusi dengan parti MUDA merumuskan enam...

GST: Laporan Portal Malaysian...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kesal dengan laporan portal...

Menteri Kesihatan Donald Trump...

WASHINGTON - Menteri kesihatan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dipaksa meletak...

Sultan, Sultanah Kedah Zahir...

ALOR SETAR - Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan...

1,500 Peserta Sertai Larian Hapuskan Rasuah Ahad Ini

SEREMBAN – Sebanyak 1,500 peserta dijangka menyertai Larian Hapuskan Rasuah di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, Ahad ini.

Pengerusi program itu Ahmad Mahathir Abdul Mulok berkata program yang julung kali diadakan itu adalah anjuran bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Negeri Sembilan.

“Program ini bertujuan mendidik orang ramai agar tidak memberi dan menerima rasuah yang boleh memusnahkan negara dan sistem masyarakat.

“Selain larian, pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pameran, persembahan seni, ceramah dan juga cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.


Katanya program yang bertemakan ‘Jangan Beri dan Terima Rasuah’ ini adalah sempena Hari Antirasuah Sedunia 2014.

Katanya penyertaan terbuka kepada semua lapisan umur dan percuma.

“Program ini memerlukan peserta berlari sejauh 3.1 kilometer bermula dan berakhir di Kompleks Belia dan Sukan Paroi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori