Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

El Nino: Kira-Kira 2,000...

KOTA BAHARU - Kira-kira 2,000 jemaah hadir menunaikan solat sunat 'Istisqa' di Padang...

Anjing Liar Timbul Kebimbangan...

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) menangkap sejumlah 921 ekor anjing liar, setakat...

Khairy Jamaluddin Bakal Tanding...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, bakal menawarkan diri bertanding jawatan...

Nora Danish Dan Nedim...

KALAU dilihatkan aktiviti Nora Danish selain sibuk dengan pelbagai aktiviti seni seperti lakonan...

150 Anggota Polis Daerah Seremban Derma Darah

SEREMBAN – Seramai 150 anggota dan kakitangan polis daerah Seremban tampil menderma darah untuk kegunaan pesakit yang memerlukan di Pasar Borong NSK di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata kempen derma darah mulai 10 pagi hingga 4 petang ini adalah antara program yang disusun atur di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban sempena Peringatan Hari Polis ke-210 pada tahun ini.

Katanya selain anggota polis, turut menderma derma darah ialah lebih 350 kakitangan Pasar Borong NSK dan pengunjung pasar borong itu.

“Program ini adalah satu daripada tanggungjawab sosial anggota polis serta orang ramai bagi membantu pihak Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk menambah bekalan tabung darah.

“Usaha murni ini diharap dapat diteruskan dan diikuti orang awam untuk sama-sama membantu mangsa cedera yang memerlukan, sama ada pertukaran atau pertambahan darah demi menyelamatkan nyawa mereka yang kritikal ketika kemalangan atau pembedahan,” katanya kepada pemberita di sini.

Turut hadir Pegawai Perubatan Jabatan Dermatologi HTJS Dr M. Kanmani dan Pengarah NSK Trading Sdn Bhd Datuk Chiew Lian Keng.


Sementara itu, Kanmani berkata tahap kesedaran rakyat di negara ini, perlu dipertingkat meskipun jumlah penderma bertambah setiap tahun.

Katanya walaupun kesedaran orang ramai menderma darah dilihat semakin meningkat, namun ia boleh dibaiki lagi.

“Kita bekerja rapat dengan pihak penganjur kempen dalam memastikan bekalan berterusan dan selamat bagi memenuhi keperluan dan matlamat utama adalah untuk meningkatkan serta mengekalkan penderma yang konsisten. Kerjasama antara badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan sektor swasta juga harus diperluas bagi meningkatkan kesedaran rakyat negeri ini tentang kepentingan menderma darah,” katanya. – BERNAMA

Kategori