Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

6 Maut Balkoni Runtuh...

ENAM remaja maut apabila balkoni rumah yang digunakan untuk mengadakan parti sambutan hari...

Dakwaan Mahfuz Ramai Keluar...

MARANG – Dakwaan Mahfuz Omar bahawa ramai anggota PAS konon akan mengikuti jejaknya...

Bot Dan Kru Vietnam...

LABUAN - Polis Marin Labuan menahan lapan nelayan Vietnam, termasuk juragan, dalam operasi...

Lelaki Halang Tugas Penjawat...

SEREMBAN - Seorang pengurus syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

15 PATI Ditahan Pulang Melalui Jalan Tidak Diwarta

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 15 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menerusi lima serbuan berasingan di dalam hutan Sungai Tengah, sekitar Bandar Penawar, Kota Tinggi, dalam Op Landai/Pensura malam tadi.

Komander PPM Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata dalam operasi selama tiga yang yang bermula 8 malam itu pihaknya menahan kesemua mereka yang terdiri daripada 13 lelaki berumur 15 hingga 46 tahun dan dua wanita lingkungan 40-an.

“Kesemuanya ditahan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah, tinggal melebihi masa selain cuba keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Khiu berkata hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka berada di dalam hutan yang terletak kira-kira 50 meter dari pantai itu sejak dua hari lepas sementara menunggu bot pancung untuk membawa mereka pulang ke negara asal.

Beliau berkata kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.


Menurutnya, PPM akan mempergiatkan risikan dan operasi serta kerjasama dengan Bahagian Jenayah Bukit Aman (D7C) bagi mengesan sindiket yang menguruskan perjalanan semua PATI melalui jalan yang tidak diwartakan di perairan Johor. – BERNAMA

Kategori